Namaku Safa... Nama penuh yang tertera dalam kad pengenalan, Safa Eryna. Ayah pernah memaklumkan bahawa nama itu ibu yang pilih untukku pada awal kandungan ku lagi. Saya sendiri kagum dengan nama ini. Kagum dengan maksudnya. 'Safa' bererti kesucian manakala 'eryna' bermaksud kecantikan. Suci dan cantik. Hm... Pandai juga ibu memberikan nama yang indah-indah kepada ku.
Ahli keluargaku? Keluargaku besar. Ah! Bukan saiz tubuhnya tapi bilangan ahli dalam keluargaku. Aku anak yang ke-9 daripada 11 orang adik-beradik. 8 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Ramai yang bertanya, "seronok kan? Adik-beradik ramai. Bila raya atau kenduri mesti meriah, kan?" Hahaha...tentulah. Penuh rumah dengan adik-beradik sahaja. Bilik tidur pun tidak cukup untuk menampung keluarga kami adik-beradik sehingga terpaksa menjadikan ruang tamu sebagai tempat tidur kami. Inilah keluargaku tempat aku dibesarkan. Aku seorang gadis kampung.
Bangun pagi, pergi sekolah, balik sekolah, main, tidur... rutin harian yang sama seperti remaja sekolah yang seusia denganku. Pelajar tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Musa Al-Haj, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan Darul Khusus... TITIK
"Safa Eryna!!! "
"Ya, cikgu?"
"Awak mengelamun lagi ke? Jawab soalan cikgu tadi." Ah... ni yang lemah ni. Cikgu suka sangat serang aku. Macam tak ada pelajar lain je dalam kelas ni.
"Err.. Soalan apa ye cikgu? Cikgu tanya, saya mengelamun ye? Hm.. Tak, cikgu." Perlahan je aku bagi jawapan 'mantap' pada pertanyaan cikgu Zulaika tadi. Nak cover line la konon. Aduh, padan muka aku. Pelajar lain apa lagi? Gelakkan aku terbahak-bahak. Ada juga dua 'ekor' pelajar nakal yang sengaja ketawa berguling-guling di atas lantai. Huh! Nasib baik la aku ni seorang yang sabar, kalau tidak dah lama aku terajang dua 'ekor' pelajar tu melambung keluar daripada kelas.
"Safa... Safa..." Cikgu Zulaika tersenyum hampa sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Cikgu tanya kamu tadi, kamu dah siap jawab soalan latihan nombor 9 tu? Kalau dah siapkan sila buat di papan hitam sekarang."
Hm.. Inilah Cikgu Zulaika, Berpewatakan tegas tetapi amat menyenangkan bagi aku. Cikgu kesayangan dan yang paling aku hormati berbanding cikgu-cikgu lain yang aku kenali sepanjang aku hidup kini.
Namun sekolah bagiku adalah sesuatu yang membosankan. Rutin yang sama setiap hari menyebabkan aku kurang bersemangat untuk meneruskan hari yang mendatang. Aku semakin tidak faham kenapa aku sering diejek-ejek dan dibuli oleh pelajar-pelajar lain. Mungkinkah kerana aku telah dikategorikan sebagai seorang pelajar 'blur' atau 'mamai' di sekolah? Disebabkan aku malas untuk melayan karenah mereka? bergosip dan 'huha..huha' ? Hm... Pada pandangan aku, itulah kehidupan di dunia sementara dan tidak mendatangkan faedah. Aku tahu pandanganku ini salah tetapi inilah aku-Safa Eryna. Suka menghuru-harakan keadaan dan suka melakukan sesuatu yang orang tidak orang lain tidak suka buat. Hanya semata-mata untuk memberikan kelainan dan kepuasan pada diri sendiri.
...............................................................................................................................
"Wei, korang... dua bulan lagi dah nak exam SPM. Korang sume dah study habis ke? Hisy..takut siot!"
"Ko ni Cott.. relax lar... Jawab je apa yang kau dah belajar. Kalau tak tau tinggalkan je, kan senang? Hahahaa.."
"Payah la cakap ngan ko ni, aku ngah risau ni. Ko lain la... blur je setiap hari. Aku sendiri pun tak paham ngan perangai ko. Takut ke.. sedih ke.. marah ke.. gembira ke..... semua same je. Huh!!" Cott, nama sebenar Khadijah Adnan, mencebik bibir ke arahku. Menunduk ke bawah memandang sisa-sisa makanan yang masih berbaki di pinggannya. Sebutir demi sebutir nasi disuapnya laju.
"Safa, kalau cakap tu elok-elok sikit la. Buat menyakitkan hati orang je. Hm.. bab study ni aku dah katam. Sekarang cuma ulang-ulang buat latihan je." Naufah cuba menenangkan keadaan.
"Ok la... apa kata kita mantapkan lagi study group kita, nk?" Aku cuba memberi cadangan.
"Aku tak nak dah. Sekarang cukuplah kita study and buat discustion sama-sama setiap petang kat sekolah ni. Nak mantap lagi macam mana? Kalau kau nak mantapkan lagi, kau dengan Cott je. Aku TAK NAK. "
Tegas sungguh bunyinya. Aku tak boleh bersuara lagi memujuk Naufah. Semua orang tahu perangai keras kepalanya itu. Kalau nak dibandingkan dengan batu sekalipun Naufah pasti akan menang.
"Cott..!! Dengar tak ni? Aku buat ni pun nak tolong kau je tau. Sabtu and Ahad pun kita study sama-sama, nak? Study kat rumah. Rumah kau atau rumah aku. Mana-mana je, ok?"
"Betul ni?" Khadijah mengangkat kembali kepalanya dengan muka penuh kasihan. Puss In Boots!! Hahaahaa...
"Iye, JANJI..!" Tapak tangan kanan ku angkat separas bahu. Duduk tegak sambil mengangguk-anggukkan kepala.
Aku dapat lihat riak muka Khadijah berubah serta-merta lalu bangun melonjak-lonjak keriangan bagai kanak-kanak yang baru mendapat gula-gula. Entah la.. baru dalam perancangan dan belum pun mula lagi dah naik 'hantu'nya.
"Wei, Cott!! Kalau ye pun kemaslah balik makanan kau ni. Cikgu dapat tau kita ponteng makan kat tangga ni nanti mati la...!!" Berangin je hati bila tengok Khadijah perlahan-lahan meninggalkan lebihan nasi gorengnya bersepah di lantai.
"Aku caw dulu." Eh, Naufah pun pergi tanpa menoleh dan membantuku mengemas tempat kami melepak tadi. "Tak guna punya kawan." Getus hati kecilku.
"SAFA...! Janji tau..!."
.........................................................................................................................................